Hari Anuregah Kecemerlangan UPKK 2015 Peringkat Daerah Klang

Pada hari sabtu yang lepas (5 mac 2016), saya telah menghadiri majlis Hari Anugerah Kecemerlangan UPKK peringkat Daerah Klang tahun 2015. Memandangkan saya berjaya mencapai keputusan 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK), saya dan rakan- rakan yang lain dijemput ke SRA Sungai Udang untuk menerima sijil dan cenderamata. Disana juga ada kemudahan PhotoBooth. Tetapi saya tidak dapat mengambil gambar kerana begitu ramai yang ingin mengmabil gambar.

                                                   (kita berbalik kepada cerita yang asal)

              Dalam perjalanan ke tempat letak kereta, saya ada ternampak Muiz di sebuah gerai makanan. Setelah puas mencari parkir kereta, kami meletak keretab di bawah sepohon pokok. Dari tempat kami meletak kereta memang agak jauh berjalan. Akhirnya kami sampai di dalam kawasan SRA tersebut. Selepas mendaftar, saya mencari kawasan di mana rakan-rakan sepersekolahan saya berkumpul.


            Setelah puas mencari, akhirnya saya menjumpai tempat mereka berkumpul. Nasib ada Wadihah sekali. Kami berborak sambil memakan roti yang diberi sementara menunggu nama dipanggil untuk menerima hadiah.Lama juga menunggu untuk nama dipanggil. Huh... mengantuk jadinya. Kami berteduh di dalam dewan yang luas. Oh ya.... Sepupu saya iaitu Aisyah juga berjaya mencapai keputusan 8A dalam UPKK. Alhamdulillah. Ha.... Lepas itu, nama sekolah pun diumumkan. Tapi nama sekolah kami adalah yang terakhir disebut





             Nasib yang buruk menimpa Wadihah. Kasutnya dipakai oleh orang lain! Jadi, Wadihah naik ke atas pentas tanpa memakai kasut. Kasihan kepadanya. Saya sebagai rakannya bertanggungjawab untuk mencari kasutnya. Fuhh... Nasib baiklah jumpa. Wadihah ada kata yang bagus juga kalau kasut dia hilang kerana dia ingin membeli kasut yang baru. Hmm.. ya ya je.



Selepas mendapat hadiah, kami bergambar di dalam dewan bersama. Semua murid dikehendaki mengambil makanan daripada guru pengiring masing-masing. Saya tidak tahu dimana Ustazah Aziah berada jadi, kami tidak mengambil sebarang makanan sebelum balik.


             Setelah masuk ke dalam kereta, saya terus mnyelongkar beg kertas yang diberi. Di dalamnya terdapat sebuah plak yang cantik dan sebuah beg berwarna hijau. Memang cantik. Setelah selesai, kami terus pulang.


                                                            ..TAMAT..

Comments

  1. Congratulation dear!
    Anak auntie last 2 years (2014) also straight A's alhamdulillah. Now she's already form 1.
    Moga anak-anak mampu menggalas tanggungjawab yg terbaik ye sayang..

    ReplyDelete
  2. Sedihnya.. aq tumpang simpati kat Wadihah tuh..

    ReplyDelete
  3. Sedihnya.. aq tumpang simpati kat Wadihah tuh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SBPI Gombak (Integomb)

Temuduga di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP), Cheras

Kem cuti sekolah di MRSM Ulul Albab Sungai Besar.