Posts

Showing posts from March, 2016

Hari Anuregah Kecemerlangan UPKK 2015 Peringkat Daerah Klang

Image
Pada hari sabtu yang lepas (5 mac 2016), saya telah menghadiri majlis Hari Anugerah Kecemerlangan UPKK peringkat Daerah Klang tahun 2015. Memandangkan saya berjaya mencapai keputusan 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK), saya dan rakan- rakan yang lain dijemput ke SRA Sungai Udang untuk menerima sijil dan cenderamata. Disana juga ada kemudahan PhotoBooth. Tetapi saya tidak dapat mengambil gambar kerana begitu ramai yang ingin mengmabil gambar.                                                    ( kita berbalik kepada cerita yang asal )               Dalam perjalanan ke tempat letak kereta, saya ada ternampak Muiz di sebuah gerai makanan. Setelah puas mencari parkir kereta, kami meletak keretab di bawah sepohon pokok. Dari tempat kami meletak kereta memang agak jauh berjalan. Akhirnya kami sampai di dalam kawasan SRA tersebut. Selepas mendaftar, saya mencari kawasan di mana rakan-rakan sepersekolahan saya berkumpul.             Setelah puas mencari, akhirnya saya menjumpai t

KEM KEMBARA KARISMA XPLORASI JATI DIRI 2015 - bahagian 2

sambungan dari bahagian 1..... 3.30 petang Setelah selesai membuat unggun api, kami mula memasak. Makanan yang diberi ialah nasi, telur 2 biji dan sardin. Saya menggoreng telur bersama Ruwaida dekat dengan unggun api. Agak rimas juga tapi,tak apa lah, asalkan tak ada nyamuk. Beberapa minit selepas itu, waktu Asar pun tiba. Kami solat secara bergilir-gilir. Setelah selesai memasak, kami meletakkan makanan di atas dulang. Malang betul. Telur yang kami goreng agak hangus sedikit.. Tak apa la, asalkan boleh makan. 4.15 petang Kami duduk di tempat yang rata untuk makan. Setelah doa dibaca, kami perlu bertukar tempat dan makanan dengan kumpulan yang lain. Saya punya kumpulan bertukar dengan kumpulan yang terdiri daripada budak lelaki. Bertuahnya lah kami tapi, malang bagi kumpulan lelaki tadi. Makanan yang dimasak oleh mereka sangat lazat. Telur yang digoreng oleh mereka tak hangus langsung. Bagus betul. Setelah duduk, saya fikir kami sudah boleh makan, rupanya kami perlu menyuap rakan