Posts

Showing posts from May, 2015

Bengkel Pemilihan Tokoh Nilam

       Pada hari Khamis yang lepas, sekolah kami telah menghantar dua orang wakil untuk menyertai Bengkel Pemilihan Tokoh Nilam. Saya, Lydia Husna dan rakan sekelas saya, Nur An' Umillah telah terpilih untuk menjadi wakil bagi menyertai bengkel itu. Kami telah dipilih oleh Cikgu Syafarena kerana tahap nilam kami yang tinggi.        Cikgu telah memilih saya sebagai wakil bagi bahasa melayu, manakala rakan saya telah terpilih sebagai wakil bagi bahasa inggeris. Jadi, kami perlu membaca lebih banyak buku. Saya perlu membaca banyak buku bahasa melayu, manakala Umillah perlu membaca banyak buku bahasa inggeris.        Pada hari pemilihan, saya datang awal ke sekolah dan terus naik ke kelas untuk mengambil buku nilam. Tetapi, apabila saya sampai ke kelas, saya dapati buku nilam saya tidak ada di dalam bakul di mana buku nilam disimpan. Saya pergi ke kantin untuk membeli air minuman. Kemudian saya pergi mencari Umillah. Saya dan Umillah pergi bertemu dengan Cikgu Syafarena. Cikgu kat