Wednesday, 7 December 2016

Temuduga di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP), Cheras

3 December 2016 - Sabtu


Lydia pergi interview di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP), Cheras. Yang Lydia tahu, tu sekolah bahasa arab. Lydia pergi dengan emak, sampai dalam pukul 8:35 pagi. Interview mula pukul 9. Lydia tak adalah nervous sangat. Tapi, ye la... sapa la yang tak nervous nak interview. Masa sampai tu dah ramai murid beratur untuk masuk ke dewan. Semua bawak folder dengan sijil2 masing-masing. Murid² kena berkumpul di dewan sebelum dibawa ke bilik interview. kat dewan tu kena duduk mengikut bilik interview masing-masing. 






Lydia bilik 20 giliran ke 7. Lepastu ada abang tu bawak pergi bilik interview. Semua kene tunggu giliran dekat luar kelas. Interview dalam kelas. Ada dua meja, depan n blakang. depan tu untuk bilik no 19. yang at blakang tu untuk bilik 20. Senyap je kat dalam tu. Masa tengah tunggu giliran, ada abang tu dia bagitau tips nak interview ni.. Senyum, mesra, jangan terlalu tertekan. buat macam biasa je... Sebab kalau mesra dan mudah bergaul, abg tu kata nnti dapat markah lebih. Lagi satu, abang tu kata kena yakin. Barulah namapak usaha nak masuk sekolah ni. 

Lepastu, ustazah tu pun panggil Lydia masuk.. Dia ada tanya soalan dalam bahasa bahasa arab., Lydia jawab yang Lydia faham laa.. Lagi satu, Ustazahnya sebut perkataan, Lydia tulis perkataannya dalam jawi. Lydia ada kena baca satu ayat quran, lepastu keluarkan tajwidnya.. 

Sekolah tu ada lif tau... Dahla besar, tinggi dan cantik pulak tu. Kalau dapat la kan masuk sekolah tu, mesti best.. Emak kata sekolah ni utk orang KL jek dan org luar KL cuma ada quota 10%. Takpe lah, dapat pengalaman pergi temuduga pun OK je ..


No comments:

Post a Comment