KEM KEMBARA KARISMA XPLORASI JATI DIRI 2015 - bahagian 2
sambungan dari bahagian 1.....
3.30 petang
Setelah selesai membuat unggun api, kami mula memasak. Makanan yang diberi ialah nasi, telur 2 biji dan sardin. Saya menggoreng telur bersama Ruwaida dekat dengan unggun api. Agak rimas juga tapi,tak apa lah, asalkan tak ada nyamuk. Beberapa minit selepas itu, waktu Asar pun tiba. Kami solat secara bergilir-gilir. Setelah selesai memasak, kami meletakkan makanan di atas dulang. Malang betul. Telur yang kami goreng agak hangus sedikit.. Tak apa la, asalkan boleh makan.
4.15 petang
Kami duduk di tempat yang rata untuk makan. Setelah doa dibaca, kami perlu bertukar tempat dan makanan dengan kumpulan yang lain. Saya punya kumpulan bertukar dengan kumpulan yang terdiri daripada budak lelaki. Bertuahnya lah kami tapi, malang bagi kumpulan lelaki tadi. Makanan yang dimasak oleh mereka sangat lazat. Telur yang digoreng oleh mereka tak hangus langsung. Bagus betul. Setelah duduk, saya fikir kami sudah boleh makan, rupanya kami perlu menyuap rakan di sebelah dahulu! Sebenarnya, kami tak suap pun.. Berpura-pura suap pada mulut orang lain tapi suap pada mulut sendiri.. Wah, kenyang betul. Makanan pun sedap. Seterusnya, kami dikehendaki mengemas tempat memasak kami. Agak penat juga.
6.00 petang
Kami mengambil wuduk untuk solat maghrib berjemaah. Lama betul menuggu mereka mengambil wuduk. Hari pun dah semakin suntuk dan gelap. Sungguh menyeramkan... Sementara menuggu masuk waktu maghrib, kami diberi sedikit mukadimah. Ruwaida dan rakan-rakannya yang lain memakai satu losyen bagi menghalang nyamuk.Saya tidak memakainya.
7:45 malam
Kami berbaris di dalam kumpulan untuk melakukan aktiviti night walk. Kami diberi sedikit langkah berjaga-jaga ketika berada di dalam hutan pada waktu malam. Setiap kumpulan ada lampu suluh. Kumpulan yang lelaki ada banyak lampu suluh tetapi tidak mahu meminjamkan kepada kami. Kumpulan kami hanya mempunyai 2 batang lampu suluh. Satu di hadapan dan satu lagi di tengah kumpulan. Saya yang berada di belakang sekali ini langsung tidak ada lampu suluh. Menyeramkan. Kami masuk kedalam hutan mengikut kumpulan. Kami dikehendaki mengikut arah pergerakan anak panah yang telah ditanda.
8:05 malamSemua peserta kumpulan yang pertama bergerak tadi telah jauh meniggalkan kumpuan kami di belakang. Setelah jauh berjalan, kami tiba di suatu lorong yang mempunyai dua cabang. Anak panah di tengah pokok menunjukkan terus sahaja. Kami mengambil keputusan untuk melalui lorong sebelah kiri. Tetapi malangnya, kami hanya menjumpai jalan mati. Kami sekumpulan memanggil cikgu. Ahli kumpulan yang lain pun sampai ke tempat kami tersesat. Ahli kumpulan yang lelaki pun sudah sampai. Mereka marah dan menyuruh kami berjalan cepat sedikit. Bagaimana kami nak berjalan jika tiada jalan! Akhirnya, kami berpatah balik dan lalu di jalan sebelah kanan.
9:00 malamDalam perjalanan, kami perlu mereda selut dan lumpur. Nasib baik juga berada di belakang. Jadinya saya tak banyak kena lumpur kerana telah diberi tahu oleh orang di hadapan. Lama betul kami berjalan sehingga kaki pun dah jadi lenguh. Hampir 2 jam kami berjalan.
10:00 malamAkhirnya, kami sampai juga di atas tar yang rata. Saya fikir sudah habis rupa-rupanya kami perlu berjalan lagi di dalam hutan. Tapi, tak apa sebab cikgu ada sekali. Kami berasa lebih selamat dengan adanya cikgu. hampir setengah jam berjalan. Akhirnya, sampai juga di tapak kem IM4U tersebut. kami ditegur sedikit ketika di hutan tadi. selepas itu kami mengambil makanan dan masuk ke dalam bilik masing-masing untuk mandi dan bersiap ke surau bagi menuanaikan solat isyak berjemaah.
10:55 malam

Setelah selesai bersolat, kami masuk ke bilik masing-masing untuk melelapkan mata. Tepat pukul 11:15 malam, lampu bilik pun ditutup. Kami semua pun tidur.
1:30 pagi
Maaf.. Tunggulah bahagian yang ketiga..........
Comments
Post a Comment