Kem cuti sekolah di MRSM Ulul Albab Sungai Besar.

Hari terakhir sekolah haritu, Lydia pergi kem kat MRSM Sungai Besar. Lydia sampai sana dalam pukul 2 ke 3 lebih untuk daftar. Lydia berkenalan dengan Insyirah dan Raudhah kat dewan besar. Pukul 4.30 baru mula taklimat untuk ibu-bapa. Selesai taklimat tu semua pergi surau. Lepas solat asar, ibu bapa pun balik.
Para peserta sambung ke dewan untuk mendengar peraturan kat MRSM tu, dorm, dewan makan, aktiviti.. Semua orang kemudian dibahagikan untuk dorm masing-masing. Lydia dapat bilik Puteri 2. Semua sekali ada 8 orang. Lydia, Huda, Afrin, Nurin, Jasmin, Alia, Aafreen dan Mimi.
Selepas mandi dan berkemas, semua peserta pergi ke surau untuk solat. Lepastu pergi dewan untuk 'Ice Breaking'. Setiap kumpulan ada kakak atau abang facilitator masing-masing. Lydia kumpulan 9, dengan akak Adriana. Kumpulan Lydia ada 11 orang, tapi Lydia sorang je darjah 6.. Semua orang pun berkenal-kenalan.


Cabaran pertama kitorang adalah buat nama kumpulan dengan cheers. Kitorang kena bina istana harapan yang menarik dan stabil menggunakan 30 batang penyedut minuman. 5 orang buat nama kumpulan dan 6 orang lagi buat istana harapan. Lydia kena buat istana harapan. Agak susah time first-first tu sebab tak berapa kenal sangat dan susah skit nak kerjasama tapi lepastu dah boleh move on walaupun ada skit gaduh. Alhamdulillah... Dapat la nama kumpulan dan siap jugak istana harapan kitorang. Time nak pilih nama kumpulan tu ada 3 idea. The Nine Group, Monster Truck dan Al-Fateh. Akhirnya, semua orang setuju dengan nama kumpulan Al-Fateh.

                                                              < ISTANA HARAPAN KU >

Lepas dah siap semua tu, kitorang pergi solat isyak. Lepas solat kitorang masuk dorm untuk tidur. Malam tu, bilik Puteri 2 rasanya yang paling bising sampai la ada akak fesi datang lepastu cakap "kalau akak dengar bunyi bising lagi, satu bilik ni kena tidur luar." Lepas akak keluar je kitorang belum tidur lagi sampai la pukul 12:30 p.m. baru semua lena.

Pagi tu Lydia bangun awal, pukul 3:50 dah bangun dah.✌ Lepastu pergi mandi, bersiap untuk pergi surau, qiamulail. Lepas solat subuh, pergi sarapan. Lepas sarapan, kami berkumpul untuk bersenam.
Kitorang pergi pusing satu sekolah. Serius penat. Lepastu solat sunat dhuha. Lepas solat semua orang kena tidur tengah hari. Setengah jam. Lepas solat zuhur kitorang pergi makan tengah hari dan dengar ceramah. Lepas ceramah kitorang solat asar lepastu ada aktiviti X-Plore Race. Setiap check point ada cabaran. Kalau tak lepas, kena denda. Ada akak fesi yang bagi chance kat kitorang tapi ada yang tak. Kalau quiz pasal Al-Quran, Lydia akan tanya akid atau haziq kalau Lydia tak tau. Diorang tu dah darjah 5.. Lepastu balik mandi.. Bersiap untuk solat maghrib.

Malam tu kan the last night, so kitorang satu dorm ; Puteri 2 nak buat party skit. Tapi, pukul 10:45 tu semua orang kena keluar dari bilik sbb akak facilitators nak jumpa. Malam tu kitorang tidur awal, pukul 11:30 dah tidur. Pagi tu kitorang bangun lambat...! Pukul 4:50 baru bangun.. Dah nak kena berebut bilik air. Pagi tu tak sempat qiamulail. Pergi surau terus solat subuh...


Kitorang ada X-Plore Race lagi. Kali ni kena tulis pengajaran dekat setiap checkpoint.
Selesai Explorace, semua berkumpul di surau sebelum balik ke dorm untuk berkemas barang dan bersiap untuk balik ke rumah. Kami berkumpul kat dewan untuk majlis penutup. Kitorang kena nyanyi lagu tema Ulul Albab. Lepastu ada tayangan slide. Lepas dah ambik sijil dan bergambar, semua peserta pergi dewan makan dan balik dengan ibu bapa....

Lydia rasa seronok dekat kem tu.. Dekat asrama pun Lydia rasa seronok dan kalau ada peluang, Lydia nak pergi lagi..


Comments

Popular posts from this blog

SBPI Gombak (Integomb)

Temuduga di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP), Cheras