Keputusan UPSR dan PSRA Lydia

Keputusan UPSR dah keluar. Pukul 10. Lydia rasa takut sangat time nak ambik result UPSR. Paling takut skali bila nampak cikgu semua cam tak happy je. Lydia target 6A, tapi firasat Lydia mengatakan Lydia dapat 5A 1B. Dan Lydia rasa B tu ialah antara sains atau bm penulisan...

Waktu pukul 10 kat dewan sekolah semua orang dah berdebar sangat. Lydia kata kat diorang; chill la.. Tapi dalam hati ni..😥 Lepas tu guru besar masuk dewan. Guru besar pun umumkan la keputusan UPSR...

Ada 1 orang dapat 6A. 5A 1B pulak ada 3 orang...

Guru besar kata kuantiti sekolah menaik, tapi kualiti menurun. Ramai dapat lulus tapi tak ramai dapat 6A. Waktu Lydia nampak je bilangan orang yang dapat 6A, Lydia terus rasa nak nangis. Air mata Lydia dah nak menitis dah tapi Lydia tahan jugak. Sampai je guru besar cakap orang yang dapat 6A tu, Lydia dah tak boleh tahan lagi dah. Lydia terus je menangis. 😭 Lydia cuma dapat 5A 1B... Lydia rasa bersalah kat cikgu Norhayati sebab yang B tu ialah bm penulisan. Ainin dapat 6A. Lagipun haritu kan hari jadi dia. Memang rezeki dia...🙍

Lepastu Lydia pergi la jumpa Cikgu Norhayati Kornain, Teacher Sarayah, Cikgu Azlin dengan Cikgu Norhayati Rashid. Lepastu terus balik.



Bagi yang dapat 6A, 5A, 4A dengan 3A tu ada harapan masuk asrama. So, wadihah boleh la masuk asrama sebab dia sapat 4A 2B.😊

Lydia dah chill dah..
Lydia dah boleh terima la 5A 1B tu. Lagipun, UPSR ni kan baru permulaan. Nanti ada PT3 lagi, SPM lagi, A Level lagi...

PSRA Lydia dapat MUMTAZ. Ada 7 orang semuanya. Itu memang Lydia punya firasat pun kata camtu. MUMTAZ. Memang Alhamdulilah sangat². Satu²nya keputusan yang Lydia cuba nak dapatkan tapi belum pernah dapat, akhirnya... Alhamdulilah...😄

Comments

Popular posts from this blog

SBPI Gombak (Integomb)

Temuduga di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP), Cheras

Kem cuti sekolah di MRSM Ulul Albab Sungai Besar.