Kem Kembara Karisma XPlorasi Jati Diri 2015 - Bahagian 1
Pada hari Isnin yang lepas, saya telah menyertai Kem Kembara Karisma XPlorasi Jati Diri 2015 di iM4U Meru. Emak saya meminta saya menulis karangan tentang kem saya di sana. Memandangkan kem itu diadakan 2 hari 1 malam, saya memilih karangan berformat catatan 2 hari.
Isnin, 7/12/2015
7.00 pagi
Bertolak dari rumah ke taska.Kemudian ke tempat kerja bapak saya. Selepas itu, emak dan saya pergi bersarapan. Sebenarnya kami perlu pergi ke SRAI seksyen 19 Shah Alam untuk semakan nama peserta kem tetapi kami sudahpun lewat. Jadi, emak mahu hantar saya terus ke kem iM4U itu namun, masih awal untuk ke sana kerana kem bermula pada pukul 10.00 pagi. Lalu kami mengambil keputusan untuk pulang dahulu ke rumah. Dalam pukul 9.50 pagi, kami bertolak dari rumah ke kem. Rasa gementar dan teruja bercampur baur.
10.05 pagi
Tiba di kem iM4U tetapi, lima minit lewat. Selepas memberikan nama kepada cikgu, emak menghantar saya sehingga ke tempat letak beg sahaja. Selepas itu, saya duduk di salah satu kerusi di sebelah budak perempuan yang mungkin sebaya saya. Saya lihat dia sangat pendiam. Saya mahu berkenalan dengannya tetapi, cikgu telahpun bersedia untuk memberikan berucap. Jadi saya membatalkan hasrat untuk berkenalan dengannya. Semua peserta diberikan sehelai kertas agenda kem tersebut. Kami diberi taklimat ringkas berkenaan peraturan dan berkenalan dengan guru guru di situ. Cikgu Nizam merupakan guru dari SRAI 19 manakala Cikgu Erni dan Cikgu Ain dari sekolah yang lain. Setelah selesai diberi taklimat, kami dibawa mengelilingi tapak kem iM4U tersebut. Disana ada bilik bilik yang cantik. kami duduk di koridor berdekatan surau. Disitu saya berkenalan dengan Wafa dan dia sebaya dengan saya. Nama penuhnya ialah Nur Qistina Wafa dan ada seorang adik yang mengikuti kem itu juga.Namanya ialah Nur Qismina Najwa. Wafa menghidap asma. Saya berasa kasihan terhadap Wafa kerana tidak semua aktiviti dia boleh turut serta.
12.00 tengah hari
Berkumpul semula di dewan iM4Uuntuk mengambil cadar, sarung bantal dan selimut. Saya, Wafa dan Najwa tidur di bilik Magma 2. Kami mengambil keputusan untuk tidur di katil atas. Setelah selesai memasang cadar dan sarung bantal, kami duduk di katil bawah Wafa. Di bawah katil saya ada orang. Namanya Nur Batrisyia dan dia sebaya dengan saya. Kami meletakkan beg di dalam almari yang disediakan. Semua peserta diberi masa untuk berehat sementara menuggu masuk waktu Zohor. Cikgu Erni kata yang kami akan melakukan aktiviti yang mencabar petang hingga malam ini. Saya pergi ke bilik air bersama Wafa untuk menukar pakaian sukan. Kami berehat di katil sambil berborak tentang sekolah masing masing. Kami berkongsi cerita, pengalaman, dan makanan yang mereka bawa.
12.45 tengah hari
Berkumpul semula di dewan iM4U. Kami diagihkan kepada 10 kumpulan. Enam kumpulan lelaki dan empat kumpulan perempuan. Saya di kumpulan sembilan manakala Wafa dan Batrisyia di kumpulan lapan. Saya diajak oleh mereka untuk bertukar dengan sesiapa dari kumpulan lapan tetapi saya tak nak kerana saya akan rasa bersalah kerana menipu. Jadi, saya tidak sama kumpulan dengan Wafa dan Batrisyia tetapi dalam kumpulan sembilan, saya telah berkawan dengan Ruwaida. Saya dan Ruwaida berada di dalam kumpulan dan bilik yang sama. Setelah semua barisan senyap dan lurus, kami bergerak bersama sama menuju ke kafeteria. Hidangannya adalah nasi, ayam goreng, kuah kari, sayur, dan buah tembikai. Kami makan mengikut kumpulan. Selepas makan, kami dikehendaki bersedia untuk solat Zohor berjemaah di surau.
1.35 petang
Selesai solat, kami menyimpan telekung dan berkumpul semula di dewan. Di dalam dewan, cikgu memberitahu kami yang setiap kumpulan mesti ada dua beg kosong dan dua air botol besar. Kami berkumpul mengikut kumpulan untuk berbincang tentang siapa yang akan bawa beg dan botol. Saya dan Ruwaida tidak perlu membawa apa apa. Lewat petang itu kami masuk ke hutan bagi aktiviti memasak dan pada sebelah malam pula adalah aktiviti Night Walk. Saya dah mula rasa gementar. Kami meneruskan perjalanan ke dalam hutan tetapi, sebelum kami melepasi pintu untuk ke hutan itu, kami nampak salah satu halangan yang akan dibuat esok iaitu Spider Ride. Kami berjalan perlahan-lahan kerana jalan agak curam. Setelah itu, kami sampai di tapak perkhemahan lalu, kami mencari tempat yang rata untuk duduk, membuat unggun api dan memasak. Pertama, kami dikehendaki membuat unggun api terlebih dahulu bagi menghalau nyamuk. Kami melakukannya bersama-sama.
3.30 petang
Sambungan pada bahagian kedua... Tunggu...
Comments
Post a Comment