Bengkel Pemilihan Tokoh Nilam

       Pada hari Khamis yang lepas, sekolah kami telah menghantar dua orang wakil untuk menyertai Bengkel Pemilihan Tokoh Nilam. Saya, Lydia Husna dan rakan sekelas saya, Nur An' Umillah telah terpilih untuk menjadi wakil bagi menyertai bengkel itu. Kami telah dipilih oleh Cikgu Syafarena kerana tahap nilam kami yang tinggi.

       Cikgu telah memilih saya sebagai wakil bagi bahasa melayu, manakala rakan saya telah terpilih sebagai wakil bagi bahasa inggeris. Jadi, kami perlu membaca lebih banyak buku. Saya perlu membaca banyak buku bahasa melayu, manakala Umillah perlu membaca banyak buku bahasa inggeris.

       Pada hari pemilihan, saya datang awal ke sekolah dan terus naik ke kelas untuk mengambil buku nilam. Tetapi, apabila saya sampai ke kelas, saya dapati buku nilam saya tidak ada di dalam bakul di mana buku nilam disimpan. Saya pergi ke kantin untuk membeli air minuman. Kemudian saya pergi mencari Umillah. Saya dan Umillah pergi bertemu dengan Cikgu Syafarena. Cikgu kata, kami berdua akan pergi dengan Cikgu Rohani. Jadi, kami pergi ke kantin untuk mencari Cikgu Rohani. Kami bersarapan dahulu di kantin sebelum kami bertolak.

       Bengkel itu diadakan di PKG Kapar. Apabila sampai, kami terus mendaftar nama. Selepas mendaftar, kami diberi makanan untuk sarapan. Selepas bersarapan, kami perlu naik ke atas untuk menjalani ujian penulisan. Ada dua bilik. Bilik pertama untuk peserta bahasa melayu.Bilik kedua pula untuk peserta bahasa inggeris. Kami perlu menulis sebuah karangan. Kami diberi dua pilihan karangan.Setelah siap ujian penulisan, kami menjalani ujian lisan pula. Kami dibahagi kepada dua kumpulan.
        
       Setelah selesai ujian lisan, kami dikehendaki berkumpul di bilik yang kedua. Kami dikehendaki mempersembahkan persembahan secara berkumpulan. Setelah selesai membuat persembahan, tibalah masa untuk majlis penutup dan majlis penyampaian hadiah. Saya dan Umillah hanya mendapat saguhati. Walaupun kami tidak menang, namun cikgu kata itu hanya pendedahan kepada kami. Mungkin kami akan menang pada tahun hadapan. Inshaallah. Walaupun saya tidak menang, namun saya rasa sangat gembira kerana menyertai bengkel tersebut. Saya berharap agar saya terpilih pada tahun hadapan. Inshaallah.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. this is me erza dalia. wow rajinnya buat blog

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SBPI Gombak (Integomb)

Temuduga di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP), Cheras

Kem cuti sekolah di MRSM Ulul Albab Sungai Besar.