Kem Kembara Karisma XPlorasi Jati Diri 2015 - Bahagian 1
Pada hari Isnin yang lepas, saya telah menyertai Kem Kembara Karisma XPlorasi Jati Diri 2015 di iM4U Meru. Emak saya meminta saya menulis karangan tentang kem saya di sana. Memandangkan kem itu diadakan 2 hari 1 malam, saya memilih karangan berformat catatan 2 hari. Isnin, 7/12/2015 7.00 pagi Bertolak dari rumah ke taska.Kemudian ke tempat kerja bapak saya. Selepas itu, emak dan saya pergi bersarapan. Sebenarnya kami perlu pergi ke SRAI seksyen 19 Shah Alam untuk semakan nama peserta kem tetapi kami sudahpun lewat. Jadi, emak mahu hantar saya terus ke kem iM4U itu namun, masih awal untuk ke sana kerana kem bermula pada pukul 10.00 pagi. Lalu kami mengambil keputusan untuk pulang dahulu ke rumah. Dalam pukul 9.50 pagi, kami bertolak dari rumah ke kem. Rasa gementar dan teruja bercampur baur. 10.05 pagi Tiba di kem iM4U tetapi, lima minit lewat. Selepas memberikan nama kepada cikgu, emak menghantar saya sehingga ke tempat letak beg sahaja. Selepas itu, saya dud...