SBPI Gombak (Integomb)

Hasil carian imej untuk kalang cekal integomb 2017
           
 Alhamdulillah , dah masuk tahun 2017. Tahun ni Lydia masuk tingkatan satu. Lydia masuk Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak ( Integomb ). Actually, Lydia tak pergi interview sini pon. Tapi memang pilihan pertama masa apply SBP. Alhamdulillah dapat. Lydia rasa teruja sangat bila dapat tahu yang Lydia dapat masuk sekolah berasrama. ramai kata, susah nak masuk sebab tu bila da dapat memang tak la Lydia nak tolak kan? ☺ Mak ada tunjuk baju korporat Integomb. Bertambah Lydia punya excited sebab baju korporat dia warna purple heheh...✌ At the same time Lydia dpt juga tawaran ke SMA MAIWP yg Lydia pegi interview tu.. tapi offer SBPI sampai dulu jadi Lydia accept SBPI.
             
4 January 2017, satu family Lydia dengan nenek ngan atuk sekali ikut bertolak dari rumah pergi Integomb. Masa dalam perjalanan, atuk pun bagi pesanan ii ringkas. Huhuh rasa sedih pulak nak duduk asrama. Lepas da sembang ii, kami tertidur.  Sampai-sampai je terus ke dewan untuk register. Lydia serius excited sebab tak sabar nak tengok dorm. Tapi before tu kene dengar taklimat dari pengetua dulu. Masa tengah beratur nak daftar tu, ada sorang akak f2 ni. Nama dia Kak Azra. Well, dia jadi kakak angkat Lydia. Hahah, dia cantik. Kitorang pon berkenalan la sikit. (Lydia rasa okwed time tuh heheh maybe sebab segan hehe).

After register depan Dewan Seri Gemilang, kene register untuk kelas, rumah sukan and dorm pulak. Lydia kelas 1 Ibnu Nafis, rumah sukan, Biru Nilam. Lepastu Lydia as murid kene duduk depan while parents semua duduk belakang. Lucky for me, Lydia duduk depan sekali sebelah Suraya ( orang pertama yang saia kenal fuh ). Lydia selesa je cakap ngan Suraya tu. Dia tinggi sampai Lydia rasa macam "asal aku pendek sangat ni huhuh".
           
Lepas dengar taklimat dari pengetua, kami form 1 kene naik ke atas pentas untuk baca ikrar. lepas tu baru boleh pergi dorm. Bapak tolong Lydia angkat beg-beg dan baldi pergi aspuri. Lydia dapat dorm Sejahtera 6 di tingkat atas sekali. Dalam dorm tu ada katil double decker, dengan 15 orang ahli dorm. Hari first semua form 1 tak ada apa apa aktiviti. Asar tu after mak ngan yang lain hantar naik dorm, mereka pun balik. Malam tu cikgu Fuad cakap pasal program orientation kami.
         
Esoknya, kitorang round satu sekolah sebab nak tengok kelas. Integomb ni dulu guna sistem SBC. Maksudnya, murid sendiri kena bergerak dari satu kelas ke kelas yang lain. So, sekolah ni pun ada banyak kelas. Lydia sampai tak ingat kelas Bahasa Melayu kat mana, kelas Matematik,  Geografi, dan lain ii. Tapi sekarang guna sistem HC ( Home Classroom ) - macam biasa .

Tapak perhimpunan Integomb ni nama dia Kalang Cekal. Fuh, cantik jgk.

Imej yang berkaitan

Ada satu lagi tempat yang membuatkan Integomb ni best adalah I-Smart. Ada tablet kat dinding. Tapi, I-Smart ni tak ada speaker. Digunakan untuk cari maklumat time belajar.

Integomb sekolah integrasi. Jadi, Bahasa Arab tu wajib ambik. Ada 3 pilihan untuk subjek bahasa asing; Jepun, Cina, dan Jerman. Lydia ambik bahasa Jepun. Susah atau tak? Depends on diri sendiri. Kalau faham konsep, senang la heheh. Pilihan untuk muzik dengan seni pun ada. Saya ambik muzik. Best. Boleh main gamelan, angklung, gitar, dan banyak lagi.

Form 1 tahun ni ada 4 kelas. Al-Biruni(1 AB), Al-Farabi(1 AF), Ibnu Nafis(1 IN) dan Ibnu Sina(1 IS). AB dan AF aliran ASK [Asas Sains Komputer] sementara kelas IN dan IS aliran RBT [Reka Bentuk dan Teknologi].
           
Kami orientasi selama 1 bulan. Banyak aktiviti yang dijalankan. Orientasi PRS yang handle. Ada banyak aktiviti contohnya Senamrobik, boria dll. Masa tu kan tak kenal lagi, jadi semua orang undi je la sesiapa untuk jadi ketua batch dan penolong ketua batch.
           
tu je la rasanya k la, kepada yang membaca, boleh la apply masuk Integomb. Mana tau dapat kan. Goodluck!




Comments

  1. boleh kah saya ingin dapatkan number ketua asrama anda.? saya menyediakan khidmat jualan baju bertemakan SBPI. pelbagai design rekaan di sediakan. sila hubungi saya di talian 0136491220.

    ReplyDelete
  2. Betul ker dorm asrama guna kabinet pakaian berkongsi dan masih almari lama..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah anak sy berjaya masuk Integomb 2019...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macama mana nak mohon masuk sekolah situ ye

      Delete
  4. sbpi gombak terbaik....guru guru yg sangat




    ReplyDelete
  5. Guru2 dan student Integomb sangat bagus, teruskan kecemerlangan di sana. Anak saya baru lepas SPM 2018 di Integomb dan dah mula sambung belajar...

    ReplyDelete
  6. hi lydia ni hanis azhar,,,, heheh kingdom kita kat sekolaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  7. Err tahun depan saya nak masuk.. susah ke nak masuk ? Try the best rajinkan diri dalam pdpr...

    ReplyDelete
  8. SBPI Gombak boleh bawak phone ke ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Temuduga di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP), Cheras

Kem cuti sekolah di MRSM Ulul Albab Sungai Besar.