Kem cuti sekolah di MRSM Ulul Albab Sungai Besar.
Hari terakhir sekolah haritu, Lydia pergi kem kat MRSM Sungai Besar. Lydia sampai sana dalam pukul 2 ke 3 lebih untuk daftar. Lydia berkenalan dengan Insyirah dan Raudhah kat dewan besar. Pukul 4.30 baru mula taklimat untuk ibu-bapa. Selesai taklimat tu semua pergi surau. Lepas solat asar, ibu bapa pun balik. Para peserta sambung ke dewan untuk mendengar peraturan kat MRSM tu, dorm, dewan makan, aktiviti.. Semua orang kemudian dibahagikan untuk dorm masing-masing. Lydia dapat bilik Puteri 2. Semua sekali ada 8 orang. Lydia, Huda, Afrin, Nurin, Jasmin, Alia, Aafreen dan Mimi. Selepas mandi dan berkemas, semua peserta pergi ke surau untuk solat. Lepastu pergi dewan untuk 'Ice Breaking'. Setiap kumpulan ada kakak atau abang facilitator masing-masing. Lydia kumpulan 9, dengan akak Adriana. Kumpulan Lydia ada 11 orang, tapi Lydia sorang je darjah 6.. Semua orang pun berkenal-kenalan. Cabaran pertama kitorang adalah buat nama kumpulan dengan cheers. Kitorang kena bina is...