Posts

Keputusan UPSR dan PSRA Lydia

Image
Keputusan UPSR dah keluar. Pukul 10. Lydia rasa takut sangat time nak ambik result UPSR. Paling takut skali bila nampak cikgu semua cam tak happy je. Lydia target 6A, tapi firasat Lydia mengatakan Lydia dapat 5A 1B. Dan Lydia rasa B tu ialah antara sains atau bm penulisan... Waktu pukul 10 kat dewan sekolah semua orang dah berdebar sangat. Lydia kata kat diorang; chill la.. Tapi dalam hati ni..😥 Lepas tu guru besar masuk dewan. Guru besar pun umumkan la keputusan UPSR... Ada 1 orang dapat 6A. 5A 1B pulak ada 3 orang... Guru besar kata kuantiti sekolah menaik, tapi kualiti menurun. Ramai dapat lulus tapi tak ramai dapat 6A. Waktu Lydia nampak je bilangan orang yang dapat 6A, Lydia terus rasa nak nangis. Air mata Lydia dah nak menitis dah tapi Lydia tahan jugak. Sampai je guru besar cakap orang yang dapat 6A tu, Lydia dah tak boleh tahan lagi dah. Lydia terus je menangis. 😭 Lydia cuma dapat 5A 1B... Lydia rasa bersalah kat cikgu Norhayati sebab yang B tu ialah bm penulisan. Ainin...

Majlis graduasi SK SKI 2016

MAJLIS GRADUASI SK SKI 2016 Masa: 7:15 - 12:30 Tarikh; 5 November 2016 Tempat; Hotel Aliya, Klang Lydia datang sekolah pukul 6:30 sebab nak mekap bagai sebab Lydia masuk menari..💃🏻 Lydia pakai baju kebaya datang sekolah. Lydia ada dapat Anugerah Khas.. Anugerah 'The Last Strike' dan Anugerah Permata Terbilang✨  Graduasi buat dekat Aliya Hotel kooBallroom.. Pentas nya kecil je.  Mula-mula ucapan dari guru besar. Lepstu persembahan daripada kumpulan Millenium Gen; lagu polis evo.. Lepastu ambil sijil. Lepas dah ambil sijil semua, Lydia kena keluar dari 'ballroom'; bersiap nak menari tarian 'Anekaragam'. Nama kumpulannya 'The Dancing Stars'.  Yang anugerah khas tu, ada tiga orang dapat anugerah The Last Trike; Lydia, Ainin, Bismi. Anugerah Permata Terbilang tu pulak, Lydia seorang je yang dapat.. Ustaz Khairul kata, anugerah tu merupakan anugerah yang paling berprestij . Nmapaknya, kalau UPSR Lydia dapat 6A, Lydia ada harapan nak j...

Berkunjung ke rumah Teacher Sara'yah

Semalam, budak kelas 6 Amanah pergi rumah teacher., tapi tak semua. Teacher ada buat makan². Ada mi sup, roti jala ngan kari, ada sosej, mushroom soup mgan coklat.. Mak Aniq ada bagi kek coklat., atas dia ada gula² dengan kitkat. Kek nya wadihah potong kan., Cikgu Razak suruh. Hehehe... Lepas makan tuh, Lydia ngan wadihah duk kat sofa jap. Lepastu wadihah ahak gi taman kat depan rumah ammar tu. Kitorang main buaian. Lydia dengan Erin lawan sape lagi tinggi., Lydia menang! Lepastu lawan ngan Iqrish., tak tau pulak Iqrish gayat... (sorry, Iqrish) Hahaha... Time tengah syok main, Wadihah balik. Mak dia ambik.. So, Lydia main la dengan Iqrish dan Erin. Kitorang main gelongsor, main buaian.. (maklumlah, kanak² ribena) Tak lama lepastu, Iqrish ngan Erin pown balik.. Diorang balik naik kereta sama.. Time diorang balik tu la., bapak datang. So, tak de la tak ada kawan.. Apapun, thanks teacher sbb jemput kitorang datang rumah.. See you guys soon.... ~lydiahusna~

Sajak bulan kemerdekaan

Hari tu ada pertandingan mendeklamasi sajak sempena bulan kemerdekaan.. Ada 8 orang peserta., Lydia, Sofia, Johan, Izzyan, Aliff Najmi, Sarah, farisha. Lagi sorang lydia tak ingat.. Lydia hafal sajak Lydia... Izzyan hafal skit jer., Sajak Lydia pendek (sangat) jer., Setiap kali tibamu Ogos,  Mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah., Dalam matang akal fikir, Semangat dan kudrat masih berbaki.,  Merisik khabar pejuang yang jauh.. Dalam lipatan darmawisata merdeka., Mahalnya nostalgia. Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua, Menyentak lolong makrifat membiak musim., Ceriteranya berderai, plotnya berkecai.. Mengirai skrip duga yang tak sudah., Atas aspal fatamorgana bumi bertuah. Ogos yang sujud di kaki merdeka, Tanggal 31 mu tidak pernah hilang., Meskipun termateri kenangan pahit, Yang mahal dan cantik. Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi, Bersama gemersik angin di bumi bertuah., Mendewasakan ukhwah dan ummah. Siap siaga warga berdaulat memahat s...

2016

UPSR is over.. Dah tak ada kerja rumah yang bertimbun dalam beg. Best mmg best, tapi.. Lydia suka buat kerja matematik yang cikgu Norhayati Rashid bagi.. Kalau time sebelum UPSR, punyalah sume orang merungut kerja banyak sangat.. Tapi, bila dah tak ada kerja.. nak ada kerja plak.. Haha.. Lydia la tuh. Itulah murid. Time UPSR tu, soalannya tak ada susah sangat.. Cuma, biasalah.. takkan soalannya senang sangat kan? Ada lah jugak soalan soalan KBAT.. Alhamdulillah, Lydia dapat jawab. Just believe in yourself, Lydia.. Inshaallah! 6A UPSR.. Time percubaan UPSR yang pertama, Lydia dapat 5A1B.. Tapi, percubaan yang kedua, Lydia dapat 6A!! Bukan nak berlagak, okay.. Apapun sekarang ni, kena tawakkal.. Banyakkan doa.. PSRA pun dah habis.. Lydia dah buat yang terbaik dalam PSRA.. Tinggal berharap pada yang satu. PSRA.. Lydia target pelajaran selain 'jawi,imlak,khat', Lydia dapat 90% dan ke atas.. Amiin..... Kalau pra percubaan dengan percubaan PSRA Lydia dapat Jaid Jidan, tak mustah...

Hari Anuregah Kecemerlangan UPKK 2015 Peringkat Daerah Klang

Image
Pada hari sabtu yang lepas (5 mac 2016), saya telah menghadiri majlis Hari Anugerah Kecemerlangan UPKK peringkat Daerah Klang tahun 2015. Memandangkan saya berjaya mencapai keputusan 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK), saya dan rakan- rakan yang lain dijemput ke SRA Sungai Udang untuk menerima sijil dan cenderamata. Disana juga ada kemudahan PhotoBooth. Tetapi saya tidak dapat mengambil gambar kerana begitu ramai yang ingin mengmabil gambar.                                                    ( kita berbalik kepada cerita yang asal )               Dalam perjalanan ke tempat letak kereta, saya ada ternampak Muiz di sebuah gerai makanan. S...

KEM KEMBARA KARISMA XPLORASI JATI DIRI 2015 - bahagian 2

sambungan dari bahagian 1..... 3.30 petang Setelah selesai membuat unggun api, kami mula memasak. Makanan yang diberi ialah nasi, telur 2 biji dan sardin. Saya menggoreng telur bersama Ruwaida dekat dengan unggun api. Agak rimas juga tapi,tak apa lah, asalkan tak ada nyamuk. Beberapa minit selepas itu, waktu Asar pun tiba. Kami solat secara bergilir-gilir. Setelah selesai memasak, kami meletakkan makanan di atas dulang. Malang betul. Telur yang kami goreng agak hangus sedikit.. Tak apa la, asalkan boleh makan. 4.15 petang Kami duduk di tempat yang rata untuk makan. Setelah doa dibaca, kami perlu bertukar tempat dan makanan dengan kumpulan yang lain. Saya punya kumpulan bertukar dengan kumpulan yang terdiri daripada budak lelaki. Bertuahnya lah kami tapi, malang bagi kumpulan lelaki tadi. Makanan yang dimasak oleh mereka sangat lazat. Telur yang digoreng oleh mereka tak hangus langsung. Bagus betul. Setelah duduk, saya fikir kami sudah boleh makan, rupanya kami perlu menyuap rakan...